Khadeejah's Exciting All-Natural Birth Story

The Pregnancy

We first took pregnancy test when I was due one day from my period. Hehe. Punya tak sabar. Ingat lagi, check kat KLCC with hubby using clear blue pregnancy test. Memang sangat clear. Later we went to twin tower medical centre to confirm the result, and to get referral letter for O&G. We asked for letter for Dr. Seri from PCMC. Tapi pastu call PCMC, kalau nak jumpa Dr Seri, kena tunggu lagi 3 minggu. Oleh sebab malas nak tunggu & tak sabar-sabar nak scan baby, we made 2nd visit to klinik Nik Isahak untuk referral letter to Dr Habibah kat Pusrawi. Kat klinik Nik Isahak dia tlg scan kan, nampak ada very tiny circle like, macam tergantung-gantung. Huhu. Sangat excited.

The night before jumpa Dr. Habibah, suddenly saya rasa sakit perut yang teramat. I’m pretty sure ia bukan kerana I'm starving. Risau sangat masa tu. Next morning masa our first appointmt dengan Dr. , saya beritahu Dr pasal sakit perut tu, dia scan. Scan biasa, tak nampak apa-apa dalam perut. Oh, saya dah start risau sangat. Then dia scan ikut lain pulak, using scanner yang bentuk silinder, masuk to my vagina. Astaghfirullah….. masa tu rasa sakit teramat!! Dia godek-golek scanner tu, sampai mengalir air mata, rasa nak menjerit je. Nak pegang hubby, tapi Dr. tak kasi hubby tengok. Alhamdulillah later nampak ada baby’s existence dalam perut, tak ingat pasal apa sakit perut, tapi dia ada la kasi ubat and minta next week nya datag lagi untuk tengok progress.

The Fear... Released

Sejak dari pengalaman sakit di-scan thru vagina tu, saya memang seram nak bersalin. Dalam kepala dok fikir, itu baru sikit, dah rasa macam nak mati. Macam mana la bersalin nanti T_T

Dalam bulan Jun, kakak ipar bersalin. Masa tu I was 3 or 4 months pregnant. Kalau ikut cerita, air ketuban kakak pecah, then bukaan dah sampai 2 cm. Lepas tu Dr induce kakak untuk kasi baby keluar cepat. Masa we visited kakak kat klinik, tengok dia menahan 2cm tu, sangat azab dan menakutkan. Subhanallah… memang bertambah takut ler saya. End up after 24hours baby tak keluar juga, kakak bersalin secara c-sec.

Mak mertua cerita dulu-dulu dia bersalin, Alhamdulillah semua normal. Dia ada ambil course Lamaze, Birth without fear. Cara mak mertua cerita, macam impossible je - bersalin tanpa takut, sebab tak pernah lagi dengar orang cakap bersalin tu relax. But then start dari situ la, saya mula google ‘birth without fear’. Banyak sangat info. Oh rupanya birth in relaxation mode wujud lama dah. Macam orang kampung yang bersalin kat kampung, itu relaxation mode juga ;)

Tengah syok-syok surf, tiba-tiba terjumpa hypnobirthing.com.my. Bagai tak percaya, eh course ni ada kat Malaysia??? Biar benar! Kat Shah Alam pulak tu. So I tried to contact the practitioner, eh, dia reply! Huhu. Lepas tu ajak hubby pergi dengan bersungguh-sunguh sebab penakut nak bersalin. Syukur hubby agree. Sebab tengok kakak in such pain masa nak bersalin, kami seek for course yang menjanjikan kurang sakit. Huhu.

The Wait

Baby’s due 9th Dec 2010. Tapi sebab mak bersalin anak sulung awal 2 minggu, so saya expect saya pun akan bersalin anak sulung awal. Masa Raya Haji, I am in 37th week pregnancy, kira baby kalau nak keluar masa tu dah ok dah, baby dah mature. We really hoped baby keluar masa Raya Haji or sehari after Raya Haji. Hubby tak banyak cuti at that time.

But tunggu punya tunggu, nak dekat habis dah cuti Raya Haji yang panjang itu… hubby ada training kat KL hari Isnin, so we had additional 2 days hubby berada di KL – Ahad & Isnin. Hari Ahad tu, kami decided to do natural induction via walking. We walked at tasik Shah Alam dari pukul 10++. Tasik Shah Alam besar, ada dua part. Tapi kami berjalan kat satu part je la, itu pun dah letih teramat. Dah la masa tu matahari mula naik. Bayangkan saya yang sarat berjalan-jalan, I can’t walk like other people. I took one step very slowly at one time T_T

Bila balik dari tasik, tak ada lagi tanda baby nak keluar. I was getting depressed. Sedih tau if nak bersalin hubby tak ada. Fruuussssttt sangat. Tapi tak apalah, lepas raya je lah. Nak buat macam mana. Dah tak ada masa lagi nak berjalan-jalan, esok hubby training, lepas tu balik Kerteh..

Esoknya Isnin, hubby pergi training.

The Labour Begins

Tengah hari tu, mak & apak keluar. Saya surf internet. Tiba-tiba rase sakit pinggang sebab lama sangat duduk. So, saya pun walk about ke dapur. Sembang-sembang dengan adik yang masak lunch, adik yang jemur baju. SMS hubby. Tiba-tiba, ada air leak!! Then only I realized ia adalah air ketuban! Mak pernah beritahu, air ketuban tu rasanya macam darah period. Dia keluar tak dapat dikawal, tapi dia air. Ohhhhhhhhhh sangat excited masa tu. Syukur sebab nanti hubby will be with me masa birthing baby :D

My sisters mula panic. Lebih panic sebab saya tak mau beritahu mak lagi. Saya just risau if beritahu mak, nanti mak suruh pergi hospital. Nanti kalau sampai hospital awal sangat, doc induce sebab air ketuban dah pecah. So I just beritahu hubby. Nak hubby yang hantar pergi hospital. Untuk pastikan keadaan baby terkawal, saye perlu minum air banyak-banyak to replenish the air ketuban.

Tapi tiba-tiba, azan zohor berkumandang. Adeih, tak tahu la if air ketuban pecah, boleh solat ke tak… terpaksa juga call mak untuk tanya. As expected, mak suruh cepat-cepat solat & siap pergi hospital. Then, plan changed, hubby jumpa kat hospital nanti…

Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tak rasa apa-apa sakit surge. Sekadar sakit pinggang. Sakit pinggang, kalau dalam kereta boleh dikurangkan dengan cara duduk menegak atau lapik punggung dan badan belakang dengan alas seperti bantal. Memang sangat lega lah. Sampai kat hospital, mak requested wheelchair. But actually, kalau kita sakit pinggang, it is more relieving if we are allowed to walk more. Memang berjalan melegakan sakit pinggang.

Oleh sebab air ketuban dah pecah, saye terpaksa la masuk labor room. Padahal tak rasa apa-apa surge lagi. Mula-mula mak teman sementare tunggu hubby sampai. Alhamdulillah apak belikan lunch, memang sangat penting ibu yang nak bersalin ni makan sebanyak mana yang boleh untuk bekalan tenaga masa surge and to birth baby nanti. Then nurse check bukaan, oh dah 3cm! Saya sangat impressed with myself sebab dah 3cm tapi tak rasa sakit, I managed to go thru 3 cm!! :D

Alhamdulillah masa nurse seluk to check the opening, tak rasa sakit. Tricknya, masa nurse seluk, tarik nafas dalam-dalam and RELAX! Relax means, don’t even think about nurse nak seluk, just smile and buat macam biasa je. Bila kita relax, vaginal muscle akan relax dan terbuka sendiri. So nurse tak payah susah-susah paksa jari dia masuk dalam vaginal muscle which later buat kita rasa sakit. Kalau nak praktis masa pregnant, minta tolong hubby buat perineal massage. Insya-Allah the massage helped a lot masa kes seluk-menyeluk, and masa baby nak keluar.

Apabila Dr sampai, dia check bukaan to verify. Then dia nak induce. Masa tu hubby belum sampai lagi, terpaksa lah akur pada cadangan Dr sambil dalam hati sangat berharap hubby cepat-cepat sampai. Masa nurse start prepare drip untuk pitocin induction, Alhamdulillah hubby sampai!! :D Terus mengadu kat hubby. Hehe. Hubby check mula-mula dia gantung pack air garam, ok lagi. Then, eh, ada pack pitocin. Terus hubby minta nurse cancel masa tu jugak. Walaupun dah cucuk tiub drip kat tangan. Huhu. Then nurse kata, kalau nak cancel, Dr minta hubby tulis statement cakap hubby decline for induction. Oh kami tak kisah~ :P Alhamdulillah lepas tu tak jadi induce.

Later I asked them to remove the drip tube. Sebab ia sungguh tak menyelesakan. Nurse mula-mula refuse sambil cakap ‘awak ni suka kena cucuk banyak kali ke.’ Ohhhh, macam la saya akan minta apa-apa after this~ Nurse then leave us sambil cakap, kalau dapat tahan, tahan la. Sakit tau sakit nak bersalin ni. Layan jela~

Petang tu Dr masuk lagi, dia beritahu dia dah nak balik. Kalau induce tadi, maybe saya dah bersalin. Tapi sebab saya tak mau induce, tak apa la, boleh buat natural induction dengan cara berjalan-jalan. So Dr lain lah yang akan ganti dia untuk sambut baby nanti. We really need a Dr masa baby dilahirkan to collect our baby’s stem cell.

Mengapa saya tak mahu sangat kena induce? Sebab:
* Saye tak mahu pakse baby keluar kalau belum sampai masa
* Mak dulu kena induce masa bersalin yayam, dia cerita lepas kena induce, baby mengamuk-amuk dalam perut. Memang sakit.
* Tak semestinya orang yang kena induce ni cepat bersalin. Dalam kelas HypnoBirthing, dia cerita, bila kita nak bersalin, surge berlaku. Which include uterus contract, then cervix dilate which lead to bukaan cervix. Aktiviti ni berterusan untuk bantu baby keluar. Untuk artificial induction, pitocin hanya help uterus untuk contract, tak guarantee cervix akan dilate.
* Kalau tak bernasib baik, lepas induce, tunggu sampai 24 hours in pain, then kena c-sec. Huh
* I want to focus to intense level yang I’d encounter. Let me experience the natural birth! Tengah confident ni :D

At about 4-5 pm, surge started 5 mins apart. Masa tu baru lah merasa surge. Bukan sakit pinggang lagi. Haha. Setiap surge, I took deep breath, sambil genggam tangan hubby kuat-kuat. Kalau hubby tengah solat, genggam je la cadar katil. Huhu. Tapi tangan hubby jugak best :P Lepas habis je surge, I breathe out. Masa tu baru la realize betapa pentingnya practice tarik nafas dalam-dalam selama yang mungkin. Tarik nafas ye, bukan tahan nafas. It also really ease and help me to relax masa surge. Tapi hubby la kesian, tangan dia kena press :P

From my experience., childbirth ni memang sangat memerlukan privacy. Saya sangat perlukan situasi yang quiet. Kalau handphone berbunyi sikit pun saya dah boleh hilang focus. Even hubby pun tak banyak bercakap. Cannot have even the slightest sound. Huu..syukur masa tu kami ditinggalkan berdua je.

Then rase macam, eh why not kita jalan-jalan kejap kat level labor room ni. Tapi kami dapat jalan 2 round je la, lepas tu I can't managed to walk anymore. Bila masuk bilik, rasa macam nak terbuang air besar. Tapi tak keluar pun. Later I learnt, inilah masanya I should start breathing out my baby~

At that time, I thought kenapa masa berjalan dengan sangat pantas, saya macam sedikit mula enjoy with this surge breathing. Rasa sejam dua tu macam seminit dua je~ I wish and I believe I can hold until midnite. Huhu. Seriously, masa terasa berlalu teramat pantas. Sedar-sedar dah pukul 6++?! Masa tu I'm pretty sure I'm already fully dilated sebab surge dah 1 min apart. Hubby check tengok, dia kata memang nampak terbuka dah. Dia nak panggil nurse, but I refused. Tak mau nurse seluk. And I was not ready to birth baby. Uhuhuhuhu. Sebab masih tak percaya, betul ke dah nak jadi IBU ni!!?

After maghrib, nurse came in to check bukaan cervix. They confirmed that I'm already fully dilated. Then they call Dr ganti. Dr ganti sampai dalam pukul 830++ kalau tak salah. Things getting tense when lepas je nurse call doctor, group of nurse masuk bilik secara beramai-ramai tiba-tiba! And preparing entah apa-apa. Plus one of them pasang tiub gas, then offer it to me. I declined instantly. Syukur then hubby pun tlg beritahu kat nurse, we don’t need any painkiller. Perihal Dr, yang tak bestnya, she stood in front of vagina opening sambil tanya, ‘bila nak bersalin ni?’ Bertambah la stress~

All of the nurses just stood in the labor room sambil bagi instruction entah apa-apa. Internally, I began to lose focus. Semasa nak bersalin, stress adalah amat tidak baik untuk ibu. Sebabnya, mula lah kita lost focus untuk control the surge. Kalau dah start lost focus, start la rasa tense yang tahap tak boleh dikawal.

Mak came in later at about 9pm rasanya, she recited do’a nabi yunus at my ear. I followed dalam hati sebab kalau keluar suara nanti tense bertambah tinggi in my body. Uhuhu. Suara seorang ibu memang soothing. Then mak keluar. Hubby still by my side. Tapi sebab suasana terlalu tense dalam bilik, I lost focus from hubby’s soothing voice.

Ramai orang dalam labor room = tension kepada ibu bersalin. Dinasihati, untuk kebaikan ibu bersalin, hanya ada hubby/mak, a doctor and one nurse sahaja! Ini bukan pembedahan yang perlukan ramai doctor’s assistant, ini perkara melahirkan seorang insan. It should be private and relaxing without any instruction!

The Birth

Alhamdulillah later midwife or we called her ‘mak bidan’ came in. Instead of giving instruction, dia stay quiet, but helped me go thru. Dia orang nak jugak saya bersalin masa tu. Tak mau tunggu until midnite~ mak bidan tu slowly betulkan kedudukan baby dalam perut. When surge came in, I breathed in deeply, after surge, I tried to push out dengan sangat kuat sambil mak bidan tolong tolakkan sekali baby tu. Later I only listened to her voice. Huhu.

Oh until now I regretted that I push my baby. I should breath the baby out. Breathing the baby out will probably take more time, tapi it is safer & more relaxing. Vagina tak koyak, and tak ada possibility baby lemas. Ada jugak hubby reminded me. Sebab keadaan tense dengan Dr and nurses, I tried to push dengan tak relanya. Dr nak buat episiotomy, we refused. Syukur teramat syukur hubby ada bersama, he declined episiotomy. I knew, when I started to push, sah my vagina akan koyak. Tapi compared episiotomy and natural tear, we better opted for natural tear. Memang nurse semua kata kalau buat episiotomy, senang keluar, tapi actually episiotomy bayak keburukan (boleh google current research); i.e lambat heal and lebih sakit compared to natural tear.

Memang natural birth betul la. Huhu.

Lama juga push, then Alhamdulillah baby came out at 9.46pm :D I saw the whole event consciously! Cuma tak pakai spec so tak nampak clear sangat. Perasaan masa baby keluar? Happy tak terkata! Tak sangka perasaan macam tu. Hilang semua keletihan, tension dengan nurses and doctor. sempat lagi remind doctor and nurse untuk collect stem cell. Stem cell ni kene cepat-cepat collect before tali pusat baby dipotong. Apabila baby keluar, hubby azankan :D then mak bidan and hubby mandikan and bersihkan dia.

I had second degree tear, masa nak jahit baru I allow nurse to dab me with painkiller. Huhu. That was the first painkiller I took in the labor room :D Sambil-sambil doctor jahit, sambil-sambil dia lecture apa pasal tak mau buat episiotomy!! Nak saje menjawab kat situ, tapi risau kang dia sabotaj pulak buat salah jahit, saya jugak yang susah nanti, jadi, layankan aje :P huhu.

Alhmdulillah my tear healed within 2 weeks; and I did not take painkiller pill at all :D sebab tak rasa sakit kat tempat jahitan and sebab hubby cakap kalau ambil painkiller luka lambat sembuh. I just dabbed it with iodine.

Oh lepas tu hubby & mak bidan bawa masuk baby in the labor room. Mak pun masuk sekali. At first mak macam in doubt whether saya larat lagi ke nak breastfeed sebab baru je lepas bersalin, but I assure her that I still feel energetic, tak ada apa-apa pun. Lepas tahnik, mak & mak bidan helped me to breastfeed & letak baby kat my breast. Then baby latched on like a pro :D sungguh bahagia tengok baby breastfeed sucking vigorously. Tak sangka indah perasaan tu. Huhu.

Baby Muhammad: 1 day oldBaby Muhammad: 1 day oldAlhamdulillah I am able to enjoy the first 24 hours with my baby without rasa letih, sakit, etc. without any drugs assistance! Kami dibenarkan untuk tidur with our precious baby that night, alhmdulillah :D But I couldn't sleep even for one second, sampai ke pagi!! sebab excited sangat macam tak percaye je dah ada baby. Baby tu cuteeeee sangat. When he looked at me while breastfeed. Sungguh bahagia. I watched him sleeping, peluk saja baby tu tak lepas-lepas. Huhuhuhu. Alhamdulillah hospital ni breastfeeding friendly and encourage rooming in.

Alhmdulillah juga jaundice baby dalam range normal, so tak perlu tahan kat hospital. Saya je kena tahan sebab tiba-tiba demam - which later we discovered demam sebab makan buah pisang & betik. Penangannya memang dahsyat- menggigil satu badan… memang kena jaga pantang-pantang ni..

Next baby, I wish to do homebirth je la. With the assistance of mak bidan. Tak ada stress-stress~

— Khadeejah Hasmad (Nov 2010)

happy babyhappy baby2 months old2 months old

NOTE: Break from 14 May - 2 June. Travelling and unreachable. Sorry for any inconveniences caused.

Inquiries are always welcomed. Please call us for questions or to make an appointment.
Emails will be replied within 2 working days. If you haven't hear from us, please call, to avoid any miscommunication.

If you are too far away or too nearing birth to consider attending weekly classes, please call. We can help you with classes specially customised for you. Upcoming group intensive class in June.

General : info@hypnobirthing.com.my
Mdm Soo Wai Han: whsoo@hypnobirthing.com.my

  • Main Line: (603) 5198 0042
  • Mobile Phone: (+6016) 261-4533

or use the contact form.